18-04-2017 18:22:21
01-07-2017 16:09:42
3,839
Malaysia : International Passport — Model G Variety I — Proprietary Biometric Passport, Generation 1 (2000 — 2005) with Umrah Visa

MALAYSIA - INTERNATIONAL PASSPORT : MODEL G VARIETY I — PROPRIETARY BIOMETRIC PASSPORT, GENERATION 1

Malaysia was the first country in the world to issue biometric passports in March 1998, after a local company, IRIS Corporation, developed the technology. In December 2002, thumbprint data was added to the biometric data on the passport chip (second chip variety).

Malaysian immigration checkpoints were the only ones with the technology to read and authenticate the data from the proprietary RFID chip.

Visa sticker for Umra in Saudi Arabia.

PHYSICAL STRUCTURES

The back cover gum has melted and therefore splitting the sandwiching cardboard and exposing the chip.
 
Cover Colour Red
Total Pages 32
Paper Reddish-yellowish-white
Paper Watermark Coat-of-arms of the Federation of Malaysia
Language English, Malay
 
Page Description
Front Cover Document's Name in Malay
Country's Name
Coat-of-Arms of the Federation
Front Cover - Interior Side Biodata Page
Page 1 Diplomatic Request Page in Malay and English.
Page 2 Document's Name
Document Number
Permitted Countries
Page 3 until Page 31 Visas
Page 32 Passport Holder's Signature
Back Cover - Interior Side Notes & Regulations in Malay

REQUEST PAGE
 
Bahawasanya atas nama Yang di-Pertuan Agong Malaysia diminta semua yang berkenaan supaya membenarkan pembawa pasport ini lalu dengan bebas tanpa halangan atau sekatan dan memberi apa-apa jua pertolongan dan perlindungan yang perlu kepadanya.

These are to request and require in the name of the Supreme Head of Malaysia all those whom it may concern to allow the bearer to pass freely without let or hindrance, and to afford the bearer such assistance and protection as may be necessary.

NOTES & REGULATIONS
 
PERHATIAN

1. Pasport ini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia atau Perwakilan Malaysia Luar Negeri. Jika tidak terdapat Perwakilan Malaysia di luar negeri permohonan boleh dibuat kepada Kedutaan British atau Wakil-wakilnya di negara-negara berkenaan.

2. Pasport ini sah digunakan mengikut tempoh sah laku yang diluluskan. Pasport baru hendaklah dipohon jika baki tempoh sah lakunya kurang daripada 6 bulan atau jika ruangan muka surat yang ada telah dipenuhi.

3. Pembawa pasport yang melanggar syarat atau peraturan dalam mana-mana undang-undang yang berkaitan tidak akan mendapat perlindungan atau kemudahan daripada mana-mana Perwakilan Malaysia semasa berada di luar negeri. Pembawa pasport hendaklah mematuhi peraturan-peraturan Imigresen negara dilawati serta mengambil visa jika diperlukan.

4. Pasport ini adalah "Hak Milik Kerajaan Malaysia" yang amat berharga dan oleh itu ia perlu dijaga dengan rapi. Ia boleh ditarik balik bila-bila masa sahaja. Pasport ini tidak boleh dikirim melalui pos dari sesebuah negeri ke sesebuah negeri yang lain, atau dari suatu tempat ke tempat yang lain.

5. Pasport tidak boleh dipinda atau diserah kepada orang lain atau agen yang tidak berhak memilikinya. Kesalahan-kesalahan sedemikian atau sebarang kecuaian lain yang menyebabkan kehilangan atau kerosakan boleh menyebabkan penangguhan pengeluaran Pasport baru bagi tempoh-tempoh tertentu.

6. Jika berlaku kehilangan, laporan hendaklah dibuat segera di Pejabat Jabatan Imigresen yang berhampiran atau ke Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri dan kepada pihak polis tempatan. Di negara-negara yang tidak mempunyai Perwakilan Malaysia, laporan bolehlah dibuat di Kedutaan British atau Wakil-wakilnya di negara-negara berkenaan.

7. Warganegara Malaysia yang tinggal atau menetap di luar negeri hendaklah juga mendaftarkan nama dan alamatnya dengan Pejabat Perwakilan Malaysia. Kegagalan sedemikian boleh menyebabkan kesulitan mendapat pertolongan dan perlindungan semasa berlaku kecemasan. Kegagalan ini juga boleh menyebabkan perlucutan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 25 (2) Perlembagaan Persekutuan. Warganegara Malaysia yang memperolehi atau menggunakan hak kewarganegaraan negara asing juga boleh menyebabkan perlucutan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah mana-mana seksyen kecil Perkara 24 Perlembagaan Malaysia yang berkaitan.

8. Gambar pemegang hendaklah diperbaharui sekiranya berlaku perubahan wajah dengan mengemukakan permohonan di mana-mana Pejabat Jabatan imigresen atau Perwakilan Malaysia Luar Negeri yang berhampiran.

PKNSB, KL